Powered by Blogger.
RSS
Container Icon

BAB 7 - PELABURAN

 
Gambar di atas adalah beberapa contoh pelaburan.


Definisi
a) Maksud Pelaburan.
Pelaburan ialah suatu tindakan menangguhkan penggunaan wang pada masa ini dengan harapan untuk mendapatkan pulangan pada masa hadapan.

b) Perbezaan di antara Pelabur dan Spekulator.

                  Pelabur
                 
1. Membeli syer untuk mendapatkan pulangan dalam bentuk dividen/syer bonus.
 2. Beli syer untuk disimpan dalam jangka masa panjang dengan harapan prestasi syarikat berkembang dan harga syernya naik
 3. Penglibatan pelabur mencergaskan pasaran saham dan mengukuhkan harga pasaran.
4. Pelabur sentiasa berhati-hati melakukan analisis kewangan dan memperolehi maklumat prestasi syarikat sebelum membeli saham syarikat.
               
              Spekulator       
 1. membeli syer pada harga rendah dan jual pada harga yang tinggi untuk mendapatkan
keuntungan.              
2. Membeli dan menjual syer dalam jangka masa singkat untuk mendapatkan keuntungan daripada perbezaan harga.              
3. Penglibatan Spekulator melemahkan pasaran saham kerana harga saham turun dan naik dengan tidak menentu.
4. Spekulator sentiasa membuat ramalan sesuatu harga syer. Tindakannya dipengaruhi khabar angin, sikapnya keterlaluan boleh menjejaskan pasaran saham.


JENIS PELABURAN.

a) Akaun Simpanan Tetap/Akaun Pelaburan.

-          melabur di bank/institusi kewangan.
-          Pelaburan tanpa risiko.
-          Keuntungan rendah.
-          Menyimpan untuk suatu tempoh tertentu.
-          Kelebihan :
 1. Pulangan tetap
2. Simpanan selamat.
3. Simpanan boleh dikeluarkan atas permintaan.




b) Harta Tanah.

-          Contoh : Pembelian seperti tanah, kedai/pejabat, rumah, ladang dsb. mendapat pulangan dalam bentuk keuntungan modal dan pendapatan semasa.

c) Saham.

- pelaburan yang dibuat oleh Sy. Berhad untuk mendapatkan pulangan dalam bentuk dividen atau bonus.
- Tujuan Syarikat Berhad menerbitkan saham ialah untuk mengumpulkan modal bagi mengembangkan syarikat.
     -   2  jenis iaitu : 
 (i)  Saham disenaraikan.
      -  saham syarikat diurusniagakan di pasaran saham
(ii)  Saham tidak disenaraikan.
 - saham yang tidak diurusniagakan di pasaran saham secara rasmi.

(i).  Jenis Saham.

     Perbezaan di antara syer biasa dengan syer keutamaan.

    
  •  Syer Biasa
  1.  Kadar dividen sentiasa berubah mengikut keuntungan syarikat.       
  2.  Pemegang syer menerima dividen setelah pemegang syer keutamaan menerima dividen
     mereka.            
  3. Pelabur berhak mengundi untuk memilih Lembaga Pengarah di dalam mesyuarat agung tahunan.  
  4. Pihak terakhir untuk menuntut balik modal jika  syarikat dibubarkan.
               
  • Syer Keutamaan.             
1. Kadar dividen ditetapkan oleh syarikat setiap tahun.
2. Pemegang syer dibayar dividen terlebih dahulu daripada pemegang syer biasa.
3. Pelabur tidak berhak mengundi.
4. Diberi keutamaan menuntut balik modal jika syarikat dibubarkan.
   

Syer keutamaan dibahagi kepada 4 jenis :

    Kumalatif.

- dibayar dividen semasa dan tunggakan dividen jika syarikat rugi pada
       tahun kewangan lepas.

    Penyertaan.

-  kadar dividen tetap dan dividen tambahan dibayar selepas pembayaran dividen kepada pemegang syer biasa.

    Boleh Tebus.

-          Harga syer ditetapkan semasa syer itu diterbitkan.
-          Syer ini boleh dibeli oleh syarikat pada jumlah harga tertentu selepas suatu tempoh masa.


    Boleh tukar.

      -  Syer yang boleh ditukar kepada syer biasa.
      -  Pemegang syer akan terima faedah sepertimana pemegang syer biasa.    

          (ii) Pulangan atas saham.
-               dalam bentuk syer bonus, dividen dan keuntungan modal.


Contoh Pengiraan Pulangan Daripada Bidang Pelaburan.

Kes  Puan Salmi memiliki 5000  8% syer keutamaan bernilai RM 2.00 seunit. 5000 syer biasa bernilai RM 1.00, dan RM 3000 debentur pada kadar faedah 6% dalam Syarikat  ABC Bhd. Bagi tahun berakhir 31 Disember, 2003, syarikat itu telah mengistiharkan pembayaran dividen
12 % terhadap syer biasa.
Kirakan jumlah pendapatan Puan Salmi daripada pelaburannya pada tahun 2003.

Cara Pengiraan :

i).   Pendapatan dari syer keutamaan.
                   5000 x RM 2.00 x 0.08  =  RM 800.00

ii)   Pendapatan dari syer biasa.
5000 x RM 1.00 x 0.12  =  RM 600.00

iii)  Pendapatan dari Debentur.
RM 3000 x  0.06            =  RM 180.00
        
iv)  Jumlah Pendapatan.
                   RM 800.00 + RM 600.00 + RM 180.00 = RM 1580.00  


Faktor – faktor Yang Mempengaruhi Harga Saham.
1. Keadaan ekonomi Negara.
- Jika ekonomi kukuh, pelaburan meningkat, maka harga Saham naik dan sebaliknya.
2. Keadaan Politik.
- Jika politik stabil, pelaburan meningkat, harga saham naik dan sebaliknya.
3. Aktiviti Spekulasi.
-Spekulator yang membeli dan menjual syer akan mempengaruhi turun naik harga syer.
4. Kualiti Pengurusan dan Prospek Syarikat.
- Syarikat yang mempunyai pengurusan yang cekap menyebabkan harga saham naik dan sebaliknya.
5. Dasar kewangan dan kadar faedah yang dilaksanakan oleh BNM.
- Jika kerajaan menggalakkan penawaran wang di pasaran, maka BNM akan mengurangkan kadar faedah pinjaman
 - Ini mengggalakkan orang ramai meminjam untuk membuat pelaburan. Maka harga saham meningkat dan sebaliknya.

Cara Membeli dan Menjual Saham.
Bagi saham yang tidak disenaraikan di BSKL ialah melalui broker sah
Bagi menjual saham tersenarai di BSKL seperti berikut :(i)Penjual hubungi broker untuk memberitahu butir-butir saham yang hendak dijual(ii)Broker menghantar maklumat tersebut di bilik padanan diBSKL. (iii)Tawaran tersebut dipadankan dengan senarai pembeli sedia ada. Jika wujud persetujuan antara pembeli dengan penjual maka urusniaga berlaku.


d)   Unit Amanah.

-          Sejenis pelaburan yang mengumpul wang dari orang ramai.
-          Diuruskan oleh pengurus professional.
-          Sesuai untuk pelabur-pelabur kecil.
-          Risiko kerugian rendah.
-          Pelaburan Unit Amanah terdiri daripada Amanah Saham, Amanah Harta tanah dan Gilts.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BAB 6 - PEMILIKAN PERNIAGAAN



CARA MEMULAKAN PERNIAGAAN

1. Memulakan sendiri
    -    menubuhkan sesuatu perniagaan baru atas usaha sendiri.
    -    usahawan perlu modal, pengetahuan, pengalaman, minat dan kebolehan.
    -    usahawan bebas menguruskan perniagaan mengikut gaya dan
kreativiti sendiri.

2. Mengambil alih
    -    membeli sesebuah perniagaan yang sedia wujud.
    -    perniagaan yang di ambil alih menguntungkan dan berpotensi maju.
    -    pengambilalihan perniagaan yang berprestasi baik disebut ‘muhibbah’ (goodwill) dan perlu membayar ‘wang muhibbah’.

3. Warisan
    -    mewarisi perniagaan daripada ahli keluarga. Contoh kedai kain
Globe Silk Store

4. Francais
    -    hak atau kebenaran untuk menjual barang syarikat lain yang sudah
terkenal dengan menggunakan jenama dan logonya.
    -    Syarikat yang diberi hak ialah francaisi.
    -    Syarikat yang memberi hak francais dikenali francaisor.
    -    Francaisi dibantu dan dibimbing oleh francaisor
    -    sebagai balasan francaisi dikehendaki membayar royalti dan
mematuhi syarat.
    -    Contoh Marrybrown, England Optical

5. Diundang
    -    usahawan dijemput menyertai sesebuah perniagaan sebagai rakan
kongsi atau pemegang saham
-    dijemput kerana kepakaran, pengalaman, modal atau keistimewaan yang diperlukan untuk mengendalikan perniagaan.

FAKTOR DIPERTIMBANGKAN MEMULAKAN PERNIAGAAN

1.       Mempunyai minat, pengetahuan dan pengalaman.
2.       Memastikan modal mencukupi
3.       Memastikan jenis perniagaan diceburi sesuai dengan kelayakan dan berpotensi maju.
4.       Mematuhi syarat dan peraturan perundangan dan akta perniagaan
seperti Akta Jualan Barang 1957 dan Akta Kawalan Harga 1973.
5.       Lokasi sesuai dan strategik serta mengambil kira kos sewa,
kadar upah, persaingan ,peraturan kerajaan tempatan dan
kuasa beli penduduk.
6.       Memastikan sumber bekalan mencukupi dan mudah diperolehi.
7.       Mengenalpasti bilangan dan kekuatan pesaing serta merancang
strategi menghadapinya.


PENGENDALIAN PERNIAGAAN

1. Pengurusan stok
    -    stok ialah barang yang disimpan untuk dijual pada suatu masa
akan datang
    -    pengurusan stok melibatkan aspek:
          a.       Mendapatkan bekalan stok
          b.       Memeriksa stok
          c.       Merekod stok
          d.       Menyimpan dan mengawal stok
          e.       Memperaga stok

2. Pengurusan kewangan
    -    melibatkan:
      a.       Penyimpanan rekod perakaunan dengan sempurna
         - Akaun Perdagangan, Akaun Untung Rugi dan Kunci Kira-Kira
      b.       Penganalisaan prestasi berdasarkan rekod simpanan
         - dinilai daripada jumlah untung kasar dan untung bersih serta
           mencari pulangan modal
      c.       Pengambilalihan tindakan susulan untuk atasi kelemahan dan
               meningkatkan prestasi perniagaan.
       - kurangkan perbelanjaan, syarat kredit yang lebih ketat,
         tingkatkan promosi.

3. Pengurusan sumber manusia
 a. Meningkatkan kecekapan pekerja melalui pengkhususan dan latihan kemahiran
 b. Menjaga kebajikan pekerja seperti menyediakan tempat penginapan, gaji, bonus, perubatan percuma serta kemudahan  riadah dan ibadat.
 c. Mewujudkan  hubungan yang baik, mesra dan harmonis antara pekerja dan majikan.
 d. Mematuhi undang-undang berkaitan hak pekerja  seperti Akta Pekerja 1955. Akta Keselamatan Sosial 1969 dan Ordinan KWSP 1955.

4.       Pengurusan masa
- usahawan perlu menyusun dan merancang aktiviti menurut keutamaan dan penggunaan masa secara produktif.

5.       Pengurusan pelanggan
          - melibatkan 3 aspek:
          a.       Memahami sifat pelanggan
          b.       Mengenalpasti jenis pelanggan
          c.       Mengetahui cara melayan pelanggan.

6.       Pengurusan risiko
 - ada tiga jenis risiko
 a. Risiko boleh diinsuranskan iaitu kejadian dapat diramalkan seperti kebakaran
 b. Risiko tidak boleh diinsuranskan iaitu tidak dapat diramalkan secara statistik dan kadar premium tidak dapat ditentukan seperti peperangan
c. Risiko yang tidak boleh diinsuranskan tetapi boleh dikawal seperti kerugian yang  berpunca spekulasi pelaburan.
                               
7.       Pengurusan maklumat
- maklumat perniagaan perlu disimmpan, dianalisis dan dikawal demi    menjamin keberkesanan pengurusan.
- pengurusan teknologi maklumat (komputer) dapat membantu pengurusan maklumat dengan cekap.

JENIS PEMILIKAN PERNIAGAAN

1.       MILIKAN TUNGGAL
-        perniagaan dimiliki seorang sahaja dan didaftar atas namanya
-        dasar dan keputusan perniagaan ditentukan oleh pemilik
-        pemilik menanggung liabiliti tidak terhad
-        keuntungan tertakluk kepada cukai pendapatan individu.

Cara Menubuhkan Milikan Tunggal
- Mengikut Akta Pendaftaran Perniagaan 1965
a.    Permohonan carian nama – Borang PNA 42
b.    Permohonan mendaftar nama perniagaan – Borang A
c.    Pengeluaran sijil perakuan pendaftaran dan mempamerkan - Borang D


2.       PERKONGSIAN
- perniagaan dimiliki oleh dua orang dan tidak melebihi 20 orang
- pendaftaran dibuat atas nama rakan kongsi dibawah Akta Perkongsian 1961
- ada tiga jenis rakan kongsi
a. Rakan kongsi aktif – menyumbang modal dan terlibat aktif dalam perniagaan
b.  Rakan kongsi lelap – menyumbang modal tetapi tidak terlibat dalam perniagaan.
c.   Rakan kongsi nominal
– tidak menyumbang modal tetapi membenarkan nama disenaraikan sebagai salah seorang pemilik.
- semua rakan kongsi menanggung liabiliti tidak terhad
- agihan untung rugi dikongsi bersama mengikut nisbah yang telah ditetapkan.
- keuntungan perkongsian tertakluk  kepada cukai pendapatan perseorangan.

Cara Menubuhkan Perkongsian
- sama seperti penubuhan Milikan Tunggal kecuali mengisi Borang A - Halaman 3
a.       Permohonan carian nama – Borang PNA 42
b.       Permohonan mendaftarkan perniagaan – Borang A
c.       Pengeluaran sijil perakuan pendaftaran dan dipamerkan

SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD
- mempunyai antara 2 – 50 pemegang saham

- perkataan “sendirian” bermaksud pemilik syarikat terdiri daripada ahli keluarga dan sahabat handai.- semua pemilik menanggung liabiliti terhad
- saham tidak dijual kepada orang ramai dan pindah milik saham dibuat dengan persetujuan ahli
- syarikat ditadbir oleh lembaga pengarah yang juga merupakan pemegang saham syarikat itu
- keuntungan syarikat diagihkan kepada pemegang syer dalam bentuk dividen dan sebahagian disimpan sebagai rezab.

Cara Menubuhkan Syarikat Sendirian Berhad
 -  ditubuhkan mengikut Akta Syarikat 1965
a. Permohonan untuk carian nama – Borang 13
b. Permohonan untuk mendaftar syarikat  dengan mengemukakan:
i.  Tatawujud syarikat – dokumen mengenai fakta penubuhan  syarikat
ii. Tataurus syarikat – mengenai peraturan dan proses pengurusan dalam syarikat.
iii. Borang 6 (Perakuan Pematuhan)
iv. Borang 48 A (Akuan berkanun perlantikan pengarah/penaja)
v.  Borang 48 F (Pengakuan sebelum perlantikan sebagai setiausaha)
c.  Serahan dokumen
d.  Pengeluaran dan mempamerkan sijil perakuan  pemerbadanan syarikat - Borang D

SYARIKAT AWAM BERHAD
- perkataan awam bermaksud supaya boleh dijual kepada orang ramai dengan menerbitkan ‘prospektus’.
- saham boleh dijual kepada orang ramai dan boleh dipindah milik melalui bursa saham.
- pemegang saham dua orang dan tiada bilangan maksimum.
- pemegang saham menanggung  liabiliti terhad
- disenaraikan di bursa saham
- Pentadbiran syarikat diserah kepada Lembaga Pengarah yang dilantik .
- Pemegang syer  yang memiliki lebih 51% akan menguasai Lembaga Pengarah dan kawalan syarikat
- ahli Lembaga Pengarah tidak semestinya pemegang saham
- Kedudukan kewangan mesti diumumkan kepada orang ramai setiap tahun.
- cukai syarikat awam berhad lebih tinggi iaitu 28%.


Cara Menubuhkan Syarikat Awam Berhad
- sama seperti syarikat sendirian berhad tetapi:
   a.Tatawujud syarikat memperihal pembatalan Seksyen 15, Akta Syarikat 1965
   b. Menggunakan Borang 8 bukan Borang 9
   c. Mendapatkan kelulusan Suruhanjaya Sekuriti berkaitan prospektus dan penyenaraian syer di bursa saham.
   d. Pengedaran borang permohonan syer dan prospektus
   e. Peruntukan syer akan dibuat melalui cabutan jika syer dipohon melebihi jumlah yang ditawarkan
   f. Pengeluaran sijil perakuan perniagaan oleh Pendaftar Syarikat.


KOPERASI
-        Prinsip koperasi:
a. keanggotaan secara sukarela dan terbuka
b. kawalan secara demokratik oleh anggota
c. kebebasan dan autonomi
d. penglibatan dalam pendidikan latihan dan sebaran maklumat koperasi
e. perhatian terhadap kebajikan masyarakat dan sosial.
-  berasaskan prinsip tolong-menolong dan mementingkan kebajikan anggotanya
-  jenis koperasi seperti koperasi kredit, koperasi bank, koperasi  pengguna
-  contoh Syarikat Koperasi Guru-Guru Malaysia
-  pemilik ialah pemegang syer dan bilangan minimum pemegang syer ialah 100 dan tiada had maksimum.
- setiap anggota tidak boleh memiliki syer melebihi 28%.
- koperasi ditubuhkan mengikut Akta Koperasi Malaysia 1993
- liabiliti terhad
- koperasi dikawal oleh Lembaga Pengarah yang dipilih semasa mesyuarat agung.
- Agihan lebihan (keuntungan), 12 % disimpan sebagai Simpanan Kumpulan Wang Rezab dan baki diagih dalam bentuk dividen.
- Rebat dibayar berasaskan jumlah belian.
- Koperasi dikecualikan cukai

Cara menubuhkan koperasi:

a.    Permohonan menubuhkan koperasi melalui Jabatan Pembangunan Koperasi
b.    Menubuhkan jawatankuasa penaja
c.    Mengadakan mesyuarat agung
d.    Memohon mendaftar koperasi kepada Pendaftar Negeri.
e.    Pengeluaran sijil perakuan pendaftaran.

PERBADANAN AWAM
- ditubuhkan oleh kerajaan melalui Akta Parlimen untuk menyediakan perkhidmatan dan kemudahan asas seperti perubatan, pendidikan dan pembinaan infrastruktur.
- ditadbir sepenuhnya oleh kerajaan di bawah tanggungjawab menteri yang membentuk satu lembaga untuk pengurusan.
- Contoh perbadanan awam ialah KWSP dan JKR.

PENSWASTAAN

-        merupakan satu proses pemindahan kuasa kawalan, kepentingan dan pelaburan kerajaan yang tertentu kepada sektor swasta.
-        sektor swasta dijadikan sebagai rakan kongsi sektor awam dalam pembangunan negara dalam pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara.
-        Contoh: Syarikat Telekom Malaysia Berhad dan Tenaga Nasional Berhad.

Tujuan :
a.    Mengurangkan beban kewangan kerajaan
b.    Menggalakkan pertumbuhan ekonomi
c.    Meningkatkan kecekapan dan produktiviti
d.    Menggalakkan agihan dan penggunaan sumber lebih cekap
e.    Memberi manfaat kepada kakitangan dan rakyat

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS