Powered by Blogger.
RSS
Container Icon

TIps SPM ( Bab 5, Ting 4)


PERNIAGAAN DALAM NEGERI III DOKUMEN PERNIAGAAN DALAM NEGERI DAN KAEDAH JUALAN
Tips SPM
Bagi kertas 1 dan kertas 2 pelajar mestilah memberikan penekanan kepada subtopik seperti:
~dokumen perniagaan
~Kaedah jualan
DOKUMEN PERNIAGAAN DALAM NEGERI

  • Dokumen perniagaan adalah rekod perniagaan dalam bentuk bertulis yang menyenaraikan segala urus niaga yang dijalankan.

  • Dokumen yang terlibat sebelum urusniaga adalah:

        Jenis dokumen
          Ciri-ciri
  • Surat pertanyaan
Surat yang di kirim oleh pembeli kepada penjual untuk menanyakan hal seperti jenis,kuantiti, harga brg, syarat pembayaran, syarat serahan, dan tarikh serahan
  • Surat jawapan
Penjual mengirim surat jawapan untuk memberi maklumat serta keterangan lanjut tentang barang.
  • Sebut harga
Memberikan maklumat tentang jenis, jenama,harga,syarat serahan, syrt bayaran angkutan,syrt pembayaran,kadar diskaun niaga dan diskaun tunai
  • Senarai harga
Mengandungi semua maklumat yang didapati dalam sebut harga seperti no.rujukan,harga, jenis,jenama barang,syrt serahan, syrt pembayaran,kadar diskaun niaga,dan diskaun tunai.

  • Katalog
Buku bercetak yang mempunyai gambar dan barang-barang serta maklumat mengenai barang.

  • Terdapat 3 jenis masa serahan iaitu:
a)      Serahan sedia ( Ready delivery)
b)      Serahan segera ( prompt delivery)
c)      Serahan hadapan atau serahan tertunda ( forword delivery)

Jenis-jenis syarat serahan adalah seperti yang berikut 
  • Angkutan dibayar : kos angkutan telah termasuk dalam harga barang
  • Angkutan hadapan : kos angkutan tidak termasuk dalam harga barang
  • Kos, insurans, tambang, : harga barang termasuk kos barang, insurans, dan tambang
  • Percuma ke dalam kapal : penjual akan membayar semua perbelanjaan sehingga barang-barang dimuatkan ke dalam kapal.
  • Percuma ke dalam gerabak : penjual membayar semua perbelanjaan sehingga  barang-barang dimuatkan ke dalam gerabak kereta api.

  • Antara syarat-syarat pembayaran yang biasanya digunakan dalam sebut harga ialah
-          Bayar waktu terima (B.W.T)
-          Tunai waktu pesanan ( T.W.P)
-          Tunai segera
-          Tunai bersih
-          Dengan akaun yang diakui sahaja
-          Penerimaan dalam tempoh tertentu
  • Syarat diskaun terdiri daripada 2 iaitu:
  1. Diskaun niaga
  • Merupakan potongan harga daripada harga dalam senarai harga atau katalog. Diskaun niaga diberi untuk:
~ menggalakkan pembelian secara pukal,
~mengubah atau menyelaraskan harga dikatalog, sebut harga dll.
~ memberi keuntungan kepada pelanggan.
  • Diskaun tunai
  • Merupakan potongan Wang yang diberi kepada pelanggan untuk menggalakkan pelanggan menjelaskan hutangnya dengan segera ataupun apabila barang dibeli secara segera ataupun dibeli secara tunai
  • Tujuan diskaun diberi ialah
~ galakkan pembeli jelaskan hutang dengan segera
~  galakkan beli secara tunai
~ memberi keuntungan kepada pembeli
 
Dokumen peringkat semasa urus niaga terdiri daripada:
  • Jenis dokumen
  • Ciri-ciri
  • Borang pesanan
  • Arahan rasmi melalui surat atau barang khas untuk memesan barang-barang.
  • Nota makluman
  • Memaklumkan pembeli bahawa brg2 itu telah dihantar atau sedang dlm perjalanan
  • Nota serahan
  • Dihantar kepada pembeli bersama barang oleh pemandu lori, memudahkan pembeli memeriksa dan mengesahkan penerimaan brg.
  • Invois
  • Digunakan dalam perniagaan kredit.merupakan dokumen yang mencatatkan maklumat yang lengkap mengenai semua jenis barang yang telah dijual kpd pelanggan dan jumlah hutangnya.
  • Nota kiriman ( nota konsainan)
  •  
  • Dokumen mengenai penghantaran brg dgn penggangkutan jalan raya atau KTM Berhad kepada penjual sebagai bukti penerimaan barang2 utk diangkut kepada pembeli.
  • Invois Profirma
  • Guna utk mintak byrn sebelum brg2 di hantar,setelah brg diuji dan dicuba di hantar kepada pelanggan.Digunakan juga dalam perniagaan antarabangsa untuk memberitahu pengimport mengenai harga anggaran brg, sbg senarai harga sementara, dan sebagai invois asal untuk dikemukakan kpd pihak kastam bukti mengenai brg2 yg dieksport utk tujuan mengira duti eksport.
  • Nota debit
  • Dikeluarkan kepada pembekal kpd pelanggan Untuk bagi tahu pelanggan bahawa akaunnya telah didebitkan bagi membetulkan sesuatu kesilapan di dalam invois.
  • Nota kredit
  • Dikeluarkan kepada pembekal kpd pelanggan untuk bagi tahu bahawa akaunnya telah dikreditkan utk membetulkan sesuatu kesilapan dlm invois.

Dokumen-dokumen peringkat selepas menjalankan urusniaga:
Jenis dokumen
Ciri-ciri
  • Penyata akaun
Satu salinan akaun yg dipetik drpd akaun pelanggan dlm lejar jualan pembekal dan dihantar kpd pelanggan pada awl setiap bln. Penyata akaun meringkaskan semua urusniaga
  • Resit
Dikeluarkan oleh pembekal kpd pelanggan untuk mengakui penerimaan bayarn drpdnya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

LuvYaNa said...

check spelling...

Post a Comment